Monday 8 August 2011

Perubahan tarikh tutup penyertaan

Salam,

Untuk makluman, tarikh tutup pertandingan mencipta lagu bulan inovasi UiTM 2011 ditunda ke 23 September 2011.

Terima kasih

Friday 5 August 2011

Aktiviti Bulan Inovasi UiTM 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 UiTM,

Untuk makluman semua warga UiTM yang dikasihi, pihak penganjur telah merancang pelbagai aktiviti bagi bulan Inovasi pada tahun ini. Diantaranya ialah :-

1) Majlis pelancaran Bulan Inovasi 2011 pada 5 Oktober 2011 bertempat di Dewan Utama UiTM Puncak Alam.
2) Pesta Buku pada 4 Oktober - 7 Oktober 2011 bertempat di Plaza Satelit B, UiTM Kampus Puncak Alam.
3) Hari Kokurikulum
4) Pesta Hijau
5) Jom Sihat/ Demonstrasi Keselamatan
6) Health Promoting Week dan sebagainya.

Jom ramai-ramai kita memeriahkan sambutan bulan inovasi pada tahun ini.

Jumpa lagi =)

Thursday 4 August 2011

Salam Ramadhan


Masih tidak terlambat untuk kami mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua warga UiTM yang dikasihi.




Tuesday 12 July 2011

Pertandingan Mencipta Lagu dan Lirik Bulan Inovasi UiTM 2011

Borang pertandingan mencipta lagu dan lirik bulan inovasi UiTM 2011 boleh didapati di laman web fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat.

Sila layari http://www.fomt.uitm.edu.my/ untuk muat turun borang penyertaan.

Thursday 7 July 2011

Pertandingan Mencipta Lirik dan Lagu Bulan Inovasi UiTM 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 UiTM,

Untuk makluman semua, urusetia Bulan Inovasi dengan anjuran Fakulti Muzik telah mengadakan pertandingan mencipta lagu dan lirik bulan inovsi UiTM 2011. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga UiTM (staf dan pelajar).

Berikut merupakan garis panduan pertandingan tersebut.

GARIS PANDUAN
PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU SEMPENA BULAN INOVASI UITM 2011
USAHASAMA FAKULTI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PEJABAT & FAKULTI MUZIK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


Syarat-syarat pertandingan :

1.      Pertandingan ini terbuka kepada semua fakulti di UiTM Kampus Puncak Alam, Puncak Perdana dan Shah Alam termasuk pelajar-pelajar dan staf.
2.      Lagu hendaklah ciptaan asal dan tidak melebihi jangka masa empat (4) minit dan penyertaan adalah tidak terhad.
3.      Ciptaan lagu adalah bebas.  Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan menepati konsep serta mampu menarik minat semua golongan.
4.      Lirik hendaklah menggabungkan konsep tema bulan inovasi UiTM 2011:  Inovasi Pemangkin Destini Idealisitik  serta mengguna pakai perkataan-perkataan berikut:
a.       Inovasi
b.      Transformasi
c.       Kreativiti
d.      Dinamik
5.       Penyertaan mestilah disertakan dalam bentuk CD (2 salinan):
a.      Satu (1) salinan rakaman suara menggunakan sekurang-kurangnya satu alat muzik iringan
b.      Satu (1) salinan rakaman musik tanpa suara (instrumental)
 Lampiran skor piano dengan lirik di bawah melodi perlu disertakan
6.      Lagu-lagu yang terpilih akan menjadi hak milik penganjur.  Pihak penganjur berhak mengubahsuai lirik mengikut kesesuaian.
7.      Tarikh tutup pertandingan adalah pada 9 September 2011
8.       Keputusan juri adalah MUKTAMAD

Hadiah pertandingan mencipta lagu:
Pemenang:  RM500.00 (Lima ratus ringgit sahaja), trofi dan sijil
Penyertaan: Sijil penyertaan

Borang penyertaan akan menyusul kemudian.

Sekian terima kasih =)

Friday 1 July 2011

Pertandingan Mencipta Logo Bulan Inovasi UiTM 2011

Atas permintaan ramai, tarikh tutup pertandingan mencipta logo Bulan Inovasi UiTM 2011 telah dilanjutkan kepada 8 Julai 2011 (Jumaat). Anda masih ada 1 minggu untuk berkarya.

Selamat berkarya =)

Monday 20 June 2011

Pertandingan Mencipta Logo

Untuk maklumat lanjut mengenai Pertandingan Mencipta Logo Bulan Inovasi UiTM 2011 sila layari www.fomt.uitm.edu.my. Borang pertandingan boleh juga didapati di laman tersebut.

Selamat berinovasi =)

Tuesday 14 June 2011

UiTM di Hatiku

Just as energy is the basis of life itself, and ideas the source of innovation, so is innovation the vital spark of all human change, improvement and progress

                                                                                                                                                                                                -Ted Levitt-

Monday 13 June 2011

Info-info tambahan mengenai Pertandingan Mencipta Logo Bulan Inovasi UiTM 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Warga UiTM yang dikasihi,

Untuk makluman, penyertaan hanya terbuka kepada INDIVIDU (staf/pelajar) dari kampus UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam dan UiTM Puncak Perdana.

Sijil penyertaan hanyalah diberikan kepada 50 peserta terawal.

Selamat berinovasi! =)

Monday 30 May 2011

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO UNTUK BULAN INOVASI UiTM 2011


Berikut merupakan terma dan syarat penyertaan.


SPESIFIKASI

Saiz
Rekaan logo perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam bentuk softcopy dalam bentuk jpeg (CD) atau AI (illustrator) dan dalam bentuk hardcopy bersaiz A4 yang berukuran 210mm x 297mm dan ditampalkan pada mounting board berwarna hitam berukuran A3.


Rekaan

Setiap warna dan reka bentuk pada logo yang dicipta perlu disertakan bersama penerangan dan rasional tertentu. Rekaan logo boleh dibuat dalam bentuk 2 atau 3 dimensi.

Warna
Peserta hanya dibenarkan menggunakan 3 kombinasi warna iaitu warna ungu, emas dan perak. Warna gradient tidak dibenarkan.

Kegunaan logo
Logo yang dicipta hendaklah sesuai digunakan untuk tujuan promosi sempena Bulan Inovasi UiTM 2011.

Keaslian logo
Rekaan logo perlu asli dan tidak menyentuh sensitiviti kaum, budaya dan agama serta tidak mempunyai sebarang unsur peniruan dari sumber-sumber lain.

Tema
Inovasi Pemangkin Destini Idealistik

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.     Terbuka kepada semua warga UiTM (staf dan pelajar).
2.     Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada 3 penyertaan. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap diisi dengan butiran peserta.
3.     Bukti kiriman pos adalah bukan bukti penerimaan.
4.     Peserta hendaklah memastikan hak cipta logo yang dihasilakan terpelihara. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hak cipta logo.
5.     Setiap penyertaan logo yang diterima tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik pihak penganjur. Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan logo yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik intelek penganjur.
6.     Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.
7.     Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon, e-mel atau pemberitahuan menerusi media. Walau bagaimanapun, pihak penganjur berhak untuk tidak memilih pemenang dikalangan peserta yang bertanding sekiranya panel hakim memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang pertama.
8.     Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

PENGADILAN
1.                    Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik khas oleh penganjur.
2.                    Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH
RM 500, plaque berserta sijil penyertaan.

TEMPOH MASA

Pertandingan bermula pada 13 Jun 2011 sehingga 30 Jun 2011. Penyertaan boleh dihantar ke alamat berikut:


Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat

Sayap Kanan, Banggunan FSK 6

UiTM Kampus Puncak Alam

42300 Bandar Puncak Alam

Selangor Darul Ehsan

Pertandingan Mencipta Logo Bulan Inovasi UiTM 2011

Sempena Bulan Inovasi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, UiTM selaku penganjur ingin mempelawa warga UiTM untuk menyertai pertandingan mencipta logo yang bertemakan Inovasi Menjana Transformasi Idealistik.

Objektif pertandingan mencipta logo ini adalah bagi memberi peluang kepada warga UiTM untuk memberikan idea dan kreativiti dalam mencipta logo untuk Bulan Inovasi UiTM 2011. Logo yang akan diumumkan sebagai pemenang akan digunakan untuk tujuan promosi dan publisiti sepanjang program berlangsung.

Bulan Inovasi UiTM 2011


Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, UiTM Puncak Alam telah diberikan mandat oleh Dato'  Naib Canselor untuk menganjurkan BULAN INOVASI UiTM 2011 pada tahun ini. Pelbagai aktiviti dan program telah dan sedang dirancang oleh pihak penganjur.